sangat menjaga maruah seseorg..
namun kita nie tak pernah nak ambik tau tentang hal ini.. bila kita dpt HOT STORY tentang aib org.. terus p jaja kat org.. kalau kita dok kat situasi tu.. macamana..?? MARAH KAN..?!! hah.. samalah dengan org yg kita dok p jaja citer dia.. dia pom tau MALU jgak.. jangan dok pikiaq nak dpt publisiti murahan jaa... dalam ISLAM POM KATA jangan KAN..!!
Hangpa tau dok sikap dok jaja AIB org ni lah yg menyebabkan timbulnya perasaan saling benci -membenci, fitnah-memfitnah...dan sebagainya lah..
hangpa dok sibuk jaga kain org.. kain hangpa koyak rabak hangpa x perasan langsung..ingat hangpa semua naa... everythings we do.. ALLAH KNOWS N SEE..
HOPEFULLY DENGAN PENERANGAN NI HANGPA SEMUA PIKIAQ DALAM-DALAM.. RENUNG2KAN.. DAN SEMOGA ILMU INI BERMANFAAT KAT HANGPA SEMUA NAA...
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita gemar melihat keaiban orang sehingga terlupa keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘kuman seberang laut nampak, tetapi gajah depan mata tak nampak’.
Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dapat memperbaiki kekurangannya. Menuding jari mengatakan orang lain tidak betul sebenarnya memberi isyarat diri kita tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari ke orang itu, tetapi empat jari lagi menuding diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, tetapi diri kita lebih buruk daripadanya.
Sebab itu, biasakan melihat keburukan diri sendiri bukan keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri koyak-rabak. Dalam Islam digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihat kejahatan yang ada walaupun kita pernah berbuat kebaikan.
Hanya dengan cara ini kita terselamat daripada bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Islam menganjurkan umatnya bersangka baik dan berbuat baik sepanjang masa. Sabda Rasulullah, “Cukuplah bagi seseorang keburukan jika ia menghina saudaranya sesama muslim.”
Demikianlah antara pesanan Rasulullah supaya umat Islam sentiasa dalam ruang lingkup kehidupan yang diberkati Allah dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Marilah pada setiap masa mengingati pesan Nabi kita dan jadikan ia suluh pedoman dalam melayari kehidupan di dunia yang fana ini.
Sesungguhnya, peringatan Rasulullah sentiasa sesuai sepanjang masa untuk umat manusia. Hanya kita yang lalai kepada pesanan berharga itu. Kita hanya menyesal apabila kita ditimpa kesusahan atau sakit. Ketika itulah baru hendak mengenali Allah dan ingat Rasulullah. Sebagai mukmin, marilah kita berpegang teguh kepada pesanan Rasulullah s.a.w.
Pesanan Imam Al-GHAZALI
Suatu hari, Imam Al Ghazali pernah bertanyakan kepada murid-muridnya ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Pesanan : Islam akan menjadi hebat apabila umatnya bersatu dan umatnya akan bersatu apabila mereka menjaga 'lidah' msing-masing.
Terima kasih kerana membaca dan jika Mas ada silap harap ditegur dan maaf jika terkasar bahasa..
Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T, dan Yang buruk semuanya dari dari kita hamba yg kerdil ini.
WALLAHULAM..
No comments:
Post a Comment