Thursday, December 31, 2015

dah abis daaa semua assignment ..fokus exam plak..

Assalamualaikum sahabat2 mas semua.. hah..!!!
mas baru je abis present blog tadi..hehehehe.. nervous gilerr...

ok.. mas nak citer la.. kaum hawa ni kaum yg sgt tinggi martabatnya setelah kedatangan ISLAM... kalau dulu kaum hawa ni dianggap sgt hina tau..
moh kita baca naa...

Sesungguhnya apabila disingkap sejarah yang lalu, kedudukan wanita di muka bumi ini sangat dipandang rendah, apatah lagi pada zaman jahiliyyah. Wanita sebelum Islam muncul sangatlah diperkotak-katikkan.

Umar Al-Khattab pernah berkata: "Kami semasa jahiliyyah tidak menganggap wanita itu mempunyai apa-apa (nilai).

Sebelum Islam datang, apabila wanita sedang dalam haid, mereka dihalau keluar dari rumah kerana dianggap sangatlah jijik. Bayangkan, setiap bulan wanita akan dihalau keluar dari rumahnya. Astaghfirullah, jijik sangatkah wanita yang sedang haid, padahal apabila haid, wanita itu sedang mengeluarkan darah kotor dari badannya dan itu memang lumrah wanita yang Allah jadikan.
Selain itu, apabila mendapat berita bahawa lahirnya anak perempuan, para ayah ayah berasa sangatlah malu dan sebahagiannya akan menanam anak perempuan mereka hidup-hidup, Kejamnya, bayi yang baru nak lihat dunia telah pun di bunuh dengan menanam diri mereka.
 Dalam surah An-Nahl ayat 58:
Ertinya: "Apabila diberitakan berita gembira dengan kelahiran anak perempuan, berubah wajahnya murung

Antara kerendahan wanita pada ketika itu adalah wanita tidak layak mendapat perwarisan. Dalam sesi perbincangan, wanita tidak layak memberi pandangan apatah lagi untuk campur tangan dalam perbincangan tersebut.

Sesungguhnya Islam datang dengan memuliakan kaum wanita dan memperlakukannya secara adil serta melindungi kedudukannya....

Ada juga hadis (tapi saya tak ingat sapa yang meriwayatkan) berbunyi :
حبب الي من دنياكم اطيب وانساء وجعلت قرة عيني في اصلاة
Ertinya : Aku mencintai dunia kamu pada wangiannya, WANITA, dan dijadikan ketenanganku di dalam solat.

Dr ada terangkan bahawa wangian itu untuk diri sendiri, wanita itu adalah untuk menjalani kehidupan di dunia dan solat itu adalah bekalan untuk masa akan datang(akhirat)

Wanita Zaman Jahiliyyah Moden :


  • Diperkuda tanpa akad yang sah
  • Diperalat untuk laris barang dagangan / perniagaan
  • Terperangkap mengejar kejayaan ikut standard lelaki
  • Kecantikan diri  untuk tatapan semua dan untuk dibanggai
  • Feminist tidak bertempat
  • 'Hamba' kepada fesyen dan kecantikan luaran
  • Fahaman "mesti bekerja/duit sendiri; senang kalau perlu bercerai
  • Keluarga menjadi priority kedua
Wanita, kamu dimuuliakan dengan 3 status iaitu sebagai seorang ibu, seorang isteri dan seorang anak.
Sebagai ibu....
-> paling utama dan dimuliakan anak
-> syurga di bawah telapak kakinya (hadis Hasan, riwayat Nasaie dan Hakim)
-> Diutamakan waktu hayat walau dari jihad
Contoh hadis Hasan adalah ketika mana berlakunya peperangan pada zaman Baginda SAW, ada seorang sahabat yang ingin ikut juga berjihad di medan peperangan dan meminta izin Nabi, kemudian Nabi bertanya pada sahabat tersebut , apakah dia masih mempunyai ibu, jika masih ada, maka disuruhnya sahabat itu untuk pulang ke rumah dan berkhidmat kepada ibunya...
Sebagai isteri.....
->lelaki yang terbaik adalah yang terbaik layanan buat isterinya
->pelengkap separuh agama suaminya
->nafqah kepadanya dianggap sedeqah
Sebagai anak....
->jika bapa bersabar dan mendidik anak perempuannya dengan baik, itu akan menjadi perisai dari api neraka (dalam usaha mendidik anak perempuan menjadi solehah)
wanita solehah mendamai dunia melalui diri -> suami -> anak-anak -> kejiranan -> tempat kerja -> dan masyarakat
Solehah pada diri bermaksud menyedari diri tidak sempurna lalu melazimi taubat dan memuhasabah diri. Dia akan sentiasa rasa berdosa, muhasabah diri selalu denagn pertingkatkan ilmu yang dimiliki seperti ilmu yang dapat membezakan halal dan haram, baik dan buruk, dan sebagainya. Selain itu, dia juga perlu mendahulukan pandangan berasaskan nas dan aqal, bukan emosi semata-mata. Sesungguhnya wanita solehah itu adalah yang sentiasa bermujahadah kawal emosi diri demi redha Allah..
Antara tokoh wanita solehah adalah Sayyiditina Khadijah, Sayyiditina A'isyah, Sayyiditina Fatimah, Maryam dan Asiah. Dia juga perlu mementingkan soal kualiti iman dan aurat berbanding kecantikan luaran. Dalam kehidupan dunia kini, dia perlu redha dan sabar dengan cabaran kehidupan sebagai muslimah. wanita juga perlu sedari target bahagia bukanlah semata-mata  pada kebendaan, pangkat, pencapaian duniawi tetapi pada keredhaan Allah di dalam hati. Wanita solahah juga akan menyertai amr makruf dan nahi mungkar.
Solehah pada suami bermaksud sentiasa mentaati suami selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Allah dan menasihati suami dalam bentuk yang hikmah lagi tepat. Dia tidak mengorek kesalahan suami malahan sebaliknya mendoakan dan hanya menasihati tatkala terzahir jelas kesalahan itu dan mulai membuah tanda negatif. Dia juga perlu sedar bahawa suaminya juga tidak sempurna lalu mendoakan dan memaafkan. Selain itu, untuk mewujudkan lagi kemesraan dan keharmonian, dia juga perlu wujudkan tumpuan waktu untuk memahami minat dan kesukaan suami lalu mendalaminya. Dengan ini, wanita itu akan menjdi teman berbual dan teman rapat suami jika tahu apa topik yang diminati suami. Antara perkara penting dalam kehidupan rumahtangga, isteri solehah adalah yang pandai menjaga rahsia rumahtangga dengan menutup aib suami dari kaum kerabat, rakan dan awam.. 
Solehah pada anak-anak bermaksud anak lebih diutamkan dari kerjaya, pangkat dan harta. Dalam urusan didikan, para ibu perlulah mendidik anak dengan perancangan dan plan bukannya spontan kerana mungkin yang spontan itu ada yang tidak baik. Ibu juga perlu mencurahkan dan menjadikan kasih sayang dan akhlak terpuji sebagai model ikutan buat anak-anak. Pendidikan ilmu agama anak-anak perlulah diutamakan dari segala jenis pendidikan yang  lain.
Solehah pada kejiranan bererti dia dikenali oleh kejiranan dan menjaga nama baik diri dan keluarga. Apabila wujudnya dirinya di kejiranan itu, banyak kebaikan yang disebarkan lalu menyebabkan aktiviti buruk jauh dari kawasan itu. Tiadanya berlaku umpatan dan mengadu domba serta menunjuk-nunjuk perhiasan diri.Selain itu, dia akan menjaga batasan aurat dan pergaulan dengan kaum lelaki jiran-jiran, anka dan suami jiran. Dia juga tidak akan menjadikan isu tanah, pokok, parking dan hiasan rumah sebagai punca cemburu dan pergaduhan.
Solehah pada kerjaya dan tempat kerja bererti wanita itu akan menjaga auran dan pergaulannya. Meminta izin dari suaminya untuk bekerja. Bekerja bukan untuk bersaing dan menunjuk kehebatan mencari wang tambahan. Wang tambahan yang diperolehnya bukan diniatkan untuk 'protection' jika diceraikan. dia juga adalah seorang yang tidak mengabaikan pendidikan anak-anak dan keperluan suami walaupun keluar bekerja. Kemuliaan wanita bukan pada kerjayanya..
Solehah pada masyarakat bermaksud dia akan menyumbang kepada kebaikan masyarakat. Menulis, bersyarah dan nukleus positif melalui keluarganya. dia akan ikut terlibat aktiviti awam, menuntut ilmu dan menganjur program kebaikan bersama masyarakat.
wallaualam...

Monday, December 28, 2015

MAI PAKAT BACA NAA..

Assalamualaikum semua.. hai2.. hah..!! harini mas nak kasi tazkirah sikit la.. tentang menjaga aib org... hah..!!! kwn-kwn.. kalau kita tau AIB org WAJIB kita untuk menutup keaiban itu kerana jika kita tutup aib org.. ALLAH akn tutup aib kita... indah kan ISLAM..?!! :)
sangat menjaga maruah seseorg..
namun kita nie tak pernah nak ambik tau tentang hal ini.. bila kita dpt HOT STORY  tentang aib org.. terus p jaja kat org.. kalau kita dok kat situasi tu.. macamana..?? MARAH KAN..?!! hah.. samalah dengan org yg kita dok p jaja citer dia.. dia pom tau MALU jgak.. jangan dok pikiaq nak dpt publisiti murahan jaa...  dalam ISLAM POM KATA jangan KAN..!!
Hangpa tau dok sikap dok jaja AIB org ni lah yg menyebabkan timbulnya perasaan saling benci -membenci, fitnah-memfitnah...dan sebagainya lah..
hangpa dok sibuk jaga kain org.. kain hangpa koyak rabak hangpa x perasan langsung..ingat hangpa semua naa... everythings we do.. ALLAH KNOWS N SEE..

 HOPEFULLY DENGAN PENERANGAN NI HANGPA SEMUA PIKIAQ DALAM-DALAM.. RENUNG2KAN.. DAN SEMOGA ILMU INI BERMANFAAT KAT HANGPA SEMUA NAA...




Jangan selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita gemar melihat keaiban orang sehingga terlupa keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘kuman seberang laut nampak, tetapi gajah depan mata tak nampak’.


Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dapat memperbaiki kekurangannya. Menuding jari mengatakan orang lain tidak betul sebenarnya memberi isyarat diri kita tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari ke orang itu, tetapi empat jari lagi menuding diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, tetapi diri kita lebih buruk daripadanya.


Sebab itu, biasakan melihat keburukan diri sendiri bukan keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri koyak-rabak. Dalam Islam digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihat kejahatan yang ada walaupun kita pernah berbuat kebaikan.


Hanya dengan cara ini kita terselamat daripada bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Islam menganjurkan umatnya bersangka baik dan berbuat baik sepanjang masa. Sabda Rasulullah, “Cukuplah bagi seseorang keburukan jika ia menghina saudaranya sesama muslim.”


Demikianlah antara pesanan Rasulullah supaya umat Islam sentiasa dalam ruang lingkup kehidupan yang diberkati Allah dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Marilah pada setiap masa mengingati pesan Nabi kita dan jadikan ia suluh pedoman dalam melayari kehidupan di dunia yang fana ini.


Sesungguhnya, peringatan Rasulullah sentiasa sesuai sepanjang masa untuk umat manusia. Hanya kita yang lalai kepada pesanan berharga itu. Kita hanya menyesal apabila kita ditimpa kesusahan atau sakit. Ketika itulah baru hendak mengenali Allah dan ingat Rasulullah. Sebagai mukmin, marilah kita berpegang teguh kepada pesanan Rasulullah s.a.w.


Pesanan Imam Al-GHAZALI


Suatu hari, Imam Al Ghazali pernah bertanyakan kepada murid-muridnya ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”


Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Pesanan : Islam akan menjadi hebat apabila umatnya bersatu dan umatnya akan bersatu apabila mereka menjaga 'lidah' msing-masing.


Terima kasih kerana membaca dan jika Mas ada silap harap ditegur dan maaf jika terkasar bahasa..

Yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T, dan Yang buruk semuanya dari dari kita hamba yg kerdil ini.
WALLAHULAM..

Sunday, December 27, 2015

KEK KUKUS COKLAT CHEESE MASTURA ANNE...

Assalamualaikum... hai2... sihat x hangpa harini..??? hehehehe.. semalam mas citer sal konvokensyen..hari ni mas nk bagi resepi plak.. al maklumlah.. bila dok kat umah ni.. makin rajin plak nak ke dapur.. ye dop..hahahaa.. ok.. mas ada satu resepi yang sangat mudah jika rumah hangpa xda microwave.. baiklah.. mas akan bagitau bahan2 yang diperlukan untuk membuat kek ini...
hah..!!! asyik dok menaip sampai lupa nak bagitau nama kek ni..hehehe.. asiff..

kek ni diberi nama KEK KUKUS COKLAT CHEESE MASTURA ANNE..

hehehe.. comel kan nama ni..(poyo kan..)

ok.. bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek ini...

mas bahagikan bahan-bahan ini kepada 3 bahagian...

BAHAN A :

1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak ( minyak jagung, mas prefer minyak ni sebab kek akan lembut dan gebu)

campur semuanya bahan di atas dan masak atas api dan kacau sampai sebati. Apabila siap tutup api serta ketepikan adunan tadi dan biarkan ia sejuk


BAHAN B :

1 cawan tepung
1/2 sudu Teh serbuk penaik
1/2 sudu Teh soda soda bikarbonat
2 biji telur


CARA-CARANYA :

Masukkan BAHAN B ke dalam BAHAN A kemudian kacau sehingga sebati, dan bolehlah dikukus separuh dulu ( Pastikan air dimasak terlebih dahulu ). Loyang hendaklah disapu majerin serta dialas kertas. jika ingin kukus dalam bekas kecil -kecil pom x menjadi masalah..hehehe.. Sememntara tunggu masak, sediakan pula cream cheese.

BAHAN-BAHAN CREAM CHEESE

250gm cream cheese
60gm gula kastor
1 biji telur

Cara-caranya :

pukul bahan diatas kecuali telur sampai kembang dan gebu, masukkan telur dan pukul sekali lagi..kemudian masukkan dalam loyang yang berisi kek tadi.. kukus dalam 10 minit atau agak-agak cream cheese dah sedikit keras lalu masukkan baki adunan coklat tadi ke dalam loyang..kukus sehingga masak..dianggarkan dlm 30 minit..
pastikan kita sentiasa melihat kek kita agar ia tak menjadi bantat atau tak naik dengan cantik.


DAN INILAH HASILNYA.... TADAAAA....!!!!

 SELAMAT MENCUBA..








saiz hidangan yang mas berikan ni.. boleh dinikmati 5@6 orang.. namun siapa yang penggemar kek tu.. mas x pastilah kalau dia mampu habiskan sebijik kek ni ..hehehehe.
. just kidding.. :)    



Lihat lah...Anak² saudara mas yang excited nak potong... Aduyaii..haaha..

Yang pic last tu masakan lunch td.. Menu wajib bila mas blk.. Resepi yg tu.. Next post ye.. :)

Saturday, December 26, 2015

KENANGAN DI TAMAN TAMADUN ISLAM...

Assalamualaikum sahabat-sahabat mas semua.. bertemu  kembali kita di blog mas yang tak seberapa ni..hehehe.. 
hari ni... mas nak citer tentang majlis konvokesyen yang telah mas dan kawan-kawan hadiri sempena majlis graduasi diploma dan  asasi...

Mas dan kawan-kawan graduate sebagai student ASASI... Alhamdulillah.. setelah setahun berpenat lelah.. akhirnya, kami berjaya graduate dengan jayanya...


bertempat di TAMAN TAMADUN ISLAM, KUALA TERENGGANU..

pada 29 NOVEMBER 2015 bersamaan 17 SAFAR 1437 HIJRAH....

selama setahun melanjutkan pelajaran di University College Bestari dalam bidang FOUNDATION OF MANAGEMENT.. banyak yang telah dilalui oleh mas dan kawan-kawan.. ada pahit..namun banyaknya manis.. hehehe..

Di sini banyak mengajar mas erti persahabatan, tanggungjawab, bertimbang rasa, dan banyak lagi lah.. di sini jua lah mengajar kita mana lawan mana kawan.. jika silap langkah meranalah diri naa..

bagi mas semua yang kita lalui sepanjang hidup kita ni sebenarnya merupakan rencah kehidupan.. jika tidak diuji, kita pasti tak merasa nikmatnya kehidupan...

seringkali kita mendengar kata-kata punjangga, hidup ibarat roda...hari ni mungkin kita di atas, esok lusa, kita di bwh.. oleh itu, kita janganlah bongkak mahupun sombong kerana sifat itu amatlah dibenci oleh Allah...

Nah... mas kasi belanja gambaq2 masa hari konvokesyen tu naa...

tak lupa jugak mas nak ucapkan kepada keluarga2 sahabat-sahabat mas, yang sudi jadi wakil mas masa majlis tersebut...
syukran kepada Mak Anis..Mak Ayah Hasya, Mak Ayah Intan.. terima kasih manyak2... terubatlah jugak rasa sedih mas masa tu.. :)













Friday, December 25, 2015

TUTORIAL TUDUNG ..MAI LAH JENGUK BLOG MAS.. :)

Assalamualaikum sahabat-sahabat mas semua...hopefully semua sihat naa...
ok..mas nak tunjuk cara-cara nak gayakan wide shawl pada majlis makan malam... hehehe.. mesti hangpa semua x sabar kan..??!!!..
gaya yang sangat ringkas, senang dan comel..





langkah-langkahnya..


  1. Ambil wide shawl, pastikan belah kanan lebih pendek dari belah kiri, kemudian pinkan dibelakang.
  2. Ambil kain bahagian belakang dan letak di atas kepala.
  3. Pinkan di bahagian kanan supaya shawl tidak bergerak.
  4. Ambil bahagian panjang shawl.
  5. Pinkan di sebelah kiri untuk menutup bahagian anak tudung.
  6. Ambil lebihan shawl kemudian letakkan di atas kepala.
  7. Akhir sekali pinkan di tepi sebelah  kanan.

Dan hasilnya ialah......

TADAAA....!!!!!





NOW BOLEHLAH BERSIAP-SIAP NAK P DINNER..HEHEHE.. SELAMAT MENCUBA.. :)


syukran kepada sahabat mas, zurhasya masturina kerana sudi menjadi model tutorial tudung pada blog mas ni..
sahabat-sahabat mas jangan lupa mencubanya ye..






Wednesday, December 23, 2015

MISS MY LITTLE PRINCESS :'(

Assalamualaikum sahabat² mas semua... APA habaq ... ??!..
Hehehe... Mas nk citer tentang seorg bdk comel lagi nakal ni..... Nama diberi ... Nurain batrisyia bt norasmawi....
Mas rapat Sgt sebab Dari baby lagi mas Jaga.. Huhuhu...
Rindunya my little princess ni.. Walaupun terukir kebahagiaan di wajahnya... Namun tiada siapa tahu apa yg dilalui...huhuhu..
Umurnya terlalu muda untuk  lalui semua ITU... Tapi takpa... Mak adik sentiasa ada untuk eisya... Heehehe... Budak nakal yg selalu suruh mak adik dia ni masak..makan kuat sungguh...





Saturday, December 19, 2015

Alamak... terjumpa insan istimewa la plak...


Assalamualaikum sahabat- sahabat mas semua, diharapkan semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Bertemu kembali dalam ruangan ini, mas ingin kongsikan satu cerita yang tidak kurang seronoknya.

Baru-baru ini, mas telah menghadiri majlis perkahwinan kakak sepupu kawan mas iaitu intan sofea, di kampung Pak Kancil.
Majlis itu sangat meriah, kelihatan kedua-dua mempelai sangatlah cantik dan padan..ibarat buah pinang dibelah dua katakan.

Namun apa yang ingin mas kongsikan di sini adalah mas telah menemui insan yang sangat istimewa di dalam majlis tersebut..
Seorang kanak-kanak yang menghidapi penyakit SINDROM DOWN.

Sindrom Down atau trimosy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena nama John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.

Disini mas nak citer la.. yang mas sangat respect dengan family budak ini kerana mampu menghadapi dugaan ini dengan tabah, kerana tidak semua family dapat terima yang anak mereka tidak normal seperti kanak-kanak lain.

Yang paling mas tak sangka, even first time jumpa, dia sangat rapat dengan mas.. sehinggakan mas tidak boleh nak bergerak kemana-mana.. dia jenis yang suka bercakap.. dan mas pun melayan je karenahnya.. hehehe..
walaupun keadaannya begitu dia disayangi oleh semua orang.. sebab tu mas respect sgt dengan family dia kerana mereka redha dengan ujian yang Allah berikan kepada mereka,
seperti firman Allah S.W.T.

" Harta benda dan anak pinak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal-amal soleh yang berterusan adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan ( al-kahfi : 46 )

maknanya disini, family boy ni memahami konsep rezeki itu luas, rezeki Allah yang tentukan.. seperti firman Allah S.W.T yang berbunyi,

"Sesungguhnya Allah Dialah sahaja yang memberi rezeki (kepada sekalian makhluknya, dan dialah sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga lagi maha kuat kukuh kekuasaannya. ( az-zaariyat : 58)

Setiap musibah atau ujian yang Allah hadirkan dalam hidup seseorang sebagai KAFARAH bagi menebus dosa-dosanya yang terdahulu. Namun ujian juga menandakan Allah sayang terhadap hambanya.
begitu juga jika sesebuah keluarga diuji dengan mendapat anak istimewa seperti BOY ni..
mereka harus banyak bersabar kerana kanak-kanak istimewa seperti BOY ni banyak ragamnya.. kadang-kadang boleh mencabar kesabaran mereka yang menjaganya.

Bagi pendapat mas, jika kita diuji jangan mudah melenting dan menyalahkan orang di sekeliling kita... cuba duduk dan renung sejenak kenapa aku yang terpilih untuk diuji..??
kerana apa..??..kerana Allah rindu kita, Allah rindu rentehan kita.. oleh itu, kembalilah kepada pencipta kita..mungkin dengan ujian kita akan lebih matang dan dapat mengharungi kehidupan yang fana ini.. ingat, dunia hanyalah persinggahan sementara..di akhirat sanalah destinasi yang sebenar.

Kalau kawan-kawan mas ada rakan-rakan atau saudara mara yang mempunyai anak istimewa janganlah kita hina plak ye.. kerana anak istimewa ini telah dijanjikan SYURGA buatnya.. dan tidak mustahil anak istimewa ini jualah yang dapat membawa ibubapanya ke SYURGA..

dibawah ni mas kongsikan gambar kenang- kenangan di majlis perkahwinan tersebut bersama dengan insan yang istimewa yang mas gelarkan sebagai CUTE BOY... :)

MISS THIS MOMENT..!!!